Komposisi Cukup Derita Itu (lagu)

"Cukup Derita Itu" ialah sebuah lagu bergenre balada dan berdurasi selama 3 minit dan 34 saat, dicipta oleh Tam Spider manakala liriknya ditulis oleh Siti Rosmizah.[4][5] Bagi mendapatkan penghayatan, beliau terkenangkan kisah lampaunya, namun enggan mengulas mengenai kisah silamnya. Ini mendandakan kerjasama sulung Nana bersama Tam.[2][6] Beliau menzahirkan rasa berbesar hati kerana menyanyikan lagu ciptaan vokalis kumpulan Spider, sambil berkata:[1]

"Lagu runut bunyi perlu ada pendekatan tersendiri dan itulah cabaran yang saya hadapi untuk memastikan 'Cukup Derita Itu' menjadi. Pertama sekali, semestinya saya kaji terlebih dahulu keseluruhan plot cerita drama berkenaan untuk memastikan dapat gambaran tepat. Memandangkan drama itu adalah naskhah yang menuntut permainan emosi dan ada babak kesedihan, saya kena tekankan dari segi itu juga. Justeru, untuk lagu ini, saya cuba salurkan corak penceritaan dengan nada merintih terhadap setiap bait liriknya,".[1]

Rujukan

WikiPedia: Cukup Derita Itu (lagu) https://gempak.com/berita-terkini/siti-nordiana-ke... https://kitareporters.com/gaya/4oeERVZva0 https://www.kopiplanet.com/cukup-derita-itu-salurk... https://malaysiagazette.com/2021/06/04/cabaran-nan... https://open.spotify.com/track/3G2KegPk6wcjvAFBhHy... https://www.kosmo.com.my/2021/05/10/cukup-derita-i... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/05... https://sinarplus.sinarharian.com.my/hiburan/cukup... https://thenews.com.my/hiburan/siti-nordiana-salur... https://www.xtra.com.my/trending/siti-nordiana-sal...